Perlindungan bil elektrik pengguna domestik diperluas sehingga 800 kWj – PM

KERAJAAN MADANI hari ini memutuskan untuk menambah baik subsidi bil elektrik untuk rakyat dengan memperluaskan tahap perlindungan daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan berkuat kuasa bagi penggunaan elektrik mulai September hingga 31 Disember 2026.

Perdana Menteri berkata, langkah itu diambil sebagai tindakan segera bagi menangani tekanan hidup rakyat saat ini.

‘’Melalui langkah ini, pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kWj sebulan akan diberikan perlindungan melibatkan pengecualian Pelarasan Kos Bahan Api Automatik (AFA), Caj Peruncitan dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (Sales & Service Tax),’’ katanya dalam kenyataan.

Hari ini Anwar mempengerusikan Mesyuarat Khas mengenai bil elektrik di Kementerian Kewangan.

 Perdana Menteri berkata, keadaan jerebu serta cuaca yang lebih panas mutakhir ini telah mendorong peningkatan penggunaan elektrik dalam kalangan sebahagian isi rumah, menyebabkan penggunaan bulanan mereka melepasi paras 600 kWj dan menyebabkan kenaikan bil yang luar biasa.

‘’Justeru iKerajaan MADANI akan terus memantau rapi perkembangan kos bahan api dan keadaan pasaran tenaga semasa bagi memastikan sebarang keputusan berkaitan tarif elektrik mengambil kira keseimbangan antara kemampuan dan beban hidup rakyat, keterjaminan bekalan elektrik dan kemampanan sektor tenaga negara,’’ katanya.

Anwar memberi penghargaan kepada Tenaga Nasional Berhada (TNB), Kementerian Kementerian Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan Suruhanjaya Tenaga atas peranan mereka dalam memungkinkan langkah ini diambil dalam kadar segera.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here