PH terima keputusan pengundi, hanya menang empat daripada 24 kerusi di Melaka – Adly

PAKATAN Harapan (PH) menerima keputusan pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 selepas hanya memenangi empat daripada 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, berdasarkan pengiraan undi tidak rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), gabungan itu memperoleh kemenangan di Kota Laksamana, Kesidang, Ayer Keroh dan Bandar Hilir.

“Berdasarkan keputusan tidak rasmi SPR, PH memenangi empat daripada 24 kerusi DUN yang ditandingi.

“Kerusi dimenangi ialah Kota Laksamana, Kesidang, Ayer Keroh dan Bandar Hilir.

“PH menerima keputusan ini dengan terbuka dan menghormati mandat yang diberikan rakyat Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama PH di Bukit Katil malam ini.

Mengulas lanjut, Adly berkata, keputusan PRN Melaka itu akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Presiden PH untuk penelitian lanjut, termasuk menilai perkembangan politik semasa susulan keputusan yang diterima gabungan berkenaan.

“Nanti keputusan kita akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Presiden dan saya fikir Pakatan Harapan akan menjelaskan banyak perkara tersebut daripada keputusan di Melaka pada hari ini.

“Kerana kita tahu kita ada beberapa keputusan di PRN Negeri Sembilan dan ini keputusan di Melaka dan saya fikir secara umum masyarakat boleh melihat keputusan-keputusan itu.

“Untuk Melaka kita akan bawa ke Mesyuarat Majlis Presiden untuk kita teliti hasil daripada keputusan ini,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here