PM arah bantuan segera, penempatan sementara untuk mangsa kebakaran di Sandakan

KERAJAAN Persekutuan bersama kerajaan negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan awal pagi ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau terkesan ketika menerima laporan kebakaran di kampung itu yang telah memusnahkan ratusan buah rumah.

“Justeru, keutamaan kini adalah keselamatan mangsa serta bantuan segera di lapangan,” kata beliau menerusi hantarannya dalam laman Facebook hari ini.

Kira-kira 200 rumah musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku pada awal pagi tadi di perkampungan atas air terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada jam 1.32 pagi dan seramai 35 anggota bomba termasuk dari BBP Sandakan serta Kinabatangan bergegas ke lokasi untuk operasi pemadaman.

Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan PPR Batu Sapi diaktifkan pada jam 7 pagi tadi bagi menempatkan penduduk yang terjejas.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img