Imigresen Johor tahan 22 warga asing dalam Ops Selera, Ops Sapu

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan sebanyak 22 warga asing atas pelbagai kesalahan dalam Ops Selera dan Ops Sapu yang dijalankan di sekitar bandar raya Johor Bahru kelmarin.

Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, operasi yang bermula jam 10 malam itu menyasarkan premis perniagaan dan kediaman, khususnya premis makanan tomyam yang dikenal pasti menggaji atau menjadi tempat berkumpul warga asing tanpa dokumen sah.

“Operasi dijalankan hasil maklumat awam dan risikan. Kesemua ditahan terdiri daripada 10 lelaki warga Thailand, Indonesia (lima lelaki dan empat wanita) serta tiga wanita Myanmar berusia antara 18 hingga 52 tahun, yang dipercayai pekerja dan pelanggan serta tinggal di premis terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Rusdi berkata, kesemua mereka ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, dalam operasi itu juga, empat Borang 29 iaitu saman kepada saksi telah dikeluarkan sepanjang pemeriksaan bagi membantu siasatan.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img