PM jumpa wakil pondok bincang inisiatif kemahiran digital pelajar

DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini menemui enam wakil pondok terpilih dalam program Transformasi Digital Institusi Pendidikan Islam (IPI) di pejabatnya di Putrajaya dalam usaha kerajaan meningkatkan kebolehan digital dalam kalangan pelajar pondok.

Perdana Menteri berkata, program rintis itu digerakkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

DATUK Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan wakil pondok yang mengunjungi beliau di Putrajaya membincangkan Transformasi Digital Institusi Pendidikan Islam (IPI). GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

“Antara pondok yang menjadi perintis dalam projek ini adalah Maahad Tarbiah Islamiah, Derang, Pokok Sena; Pusat Pengajian Pondok, Kandis, Bachok; Institut Ahmad Ibni Idris (SAIFI), Rembau; Pusat Pendidikan Ribath Al-Musthofa, Kuantan; Pondok Darul Furqan, Ipoh dan Maahad Ihya Ulumiddin, Mengkuang Titi, Bukit Mertajam,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Perdana Menteri, dalam pertemuan itu, beliau menyatakan keyakinan kepada institusi pondok untuk meneroka bidang baharu dan pada masa yang sama dapat mengekalkan tradisi turath al-Islami selain penguasaan segmen digital khususnya kecerdasan buatan menjadi penting sekarang dalam menghadapi cabaran semasa.

“Moga ikhtiar ini akan membina landasan yang kukuh dengan asas yang kuat bagi masa hadapan pendidikan Islam di rantau ini,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img