Lelaki tempatan aktif edar dadah ditahan, 9 paket syabu dirampas

SEORANG lelaki tempatan berusia 23 tahun ditahan bersama sembilan paket dadah disyaki syabu dalam satu operasi di Pandan Indah, Ampang Jaya pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, tangkapan dilakukan oleh anggota Cawangan Kereta Peronda dari Balai Polis Pandan Indah kira-kira jam 7.27 malam.

“Hasil pemeriksaan menemukan sembilan paket plastik lutsinar mengandungi ketulan kristal disyaki syabu dengan anggaran berat keseluruhan 9.16 gram, bernilai kira-kira RM900.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah, manakala semakan rekod lampau menunjukkan dia mempunyai lima rekod kes narkotik dan 11 kesalahan trafik,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek mengaku memiliki serta mengedar dadah di sekitar Ampang dan Cheras.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun serta sebatan antara tiga hingga sembilan kali jika sabit kesalahan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img