PM pengerusikan mesyuarat MTPMA63 pagi ini

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Tahun 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC) di Kota Kinabalu pagi ini.

Mesyuarat yang dijadual bermula jam 8.30 pagi itu menjadi agenda utama dalam siri lawatan Perdana Menteri ke negeri ini dan turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor serta Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Perdana Menteri tiba di SICC jam 8.16 pagi bagi mempengerusikan mesyuarat tersebut Hajiji dengan menaiki kenderaan yang sama sebelum memasuki pusat konvensyen berkenaan.

Yang turut hadir, Abang Johari; Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud, lapor Bernama.

Mesyuarat MTPMA63 adalah antara platform penting bagi membincangkan perkembangan pelaksanaan perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), khususnya yang membabitkan kepentingan Sabah dan Sarawak.

Anwar berada di Sabah bagi lawatan dua hari bermula semalam, dengan beberapa program rasmi dijadualkan sepanjang lawatan beliau ke negeri ini.

Beliau kemudian dijadual menunaikan solat Jumaat bersama penduduk setempat di Masjid Jamek Kampung Likas pada jam 12 tengah hari.

Selepas solat Jumaat, Anwar dijadual melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa kebakaran Kampung Numbak di Dewan Serba Guna Damai, Kota Kinabalu pada jam 1.50 petang.

Lawatan itu bagi meninjau keadaan serta kebajikan penduduk yang terjejas akibat insiden kebakaran di kampung berkenaan.

Pada 30 Ogos lalu, kebakaran itu memusnahkan kira-kira 200 rumah atas air, dengan tiga mangsa ditemukan rentung.

 

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here