PM ucap tahniah kepada semua penerima Anugerah Maulidur Rasul

DATUK Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada semua penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1448/2026 yang diadakan di Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Westar Group, Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim yang dinobatkan sebagai Tokoh Perdana Maulidur Rasul tahun ini.

“Saya singgung kepentingan cabaran menghayati sebarang sambutan bukan semata-mata perarakan dan acara, namun lebih dari itu sambutan hanya bermakna sekiranya kita dapat menyuntik semangat baru dengan bukan kekal tahap lama,” kata Perdana Menteri dalam hantaran tersebut.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada Maulana Abdul Hamid Chin, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Laman Yasim, Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir, Muhammad Mikhael Sathayah, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin dan Prof Dr Ruzita Mohd Amin yang masing-masing menerima anugerah dalam kategori lain.

Terdahulu, Anwar menyampaikan anugerah berkenaan pada majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di UPM.

Ayob Khan menerima Anugerah Maulidur Rasul bagi kategori Tokoh Wira Negara, guru agama Abdul Hamid (Tokoh Agamawan), Ruzita (Tokoh Wanita MADANI), manakala Ahmad Parveez dianugerahkan Tokoh Saintis/Inovatif Kreatif.

Manakala Ahmad Fahmi dianugerahkan Tokoh Belia Harapan, pesara buruh Laman (Tokoh Keluarga Mithali) dan pempengaruh media sosial Muhammad Mikhael Sathyah menerima Tokoh Khas (Saudara Baru Cemerlang).

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here