PM ucap tahniah pada Tarique Rahman, pelawa adakan lawatan rasmi ke Malaysia

MALAYSIA menantikan kerjasama erat dengan kepimpinan baharu Bangladesh dalam memperkukuh serta mengangkat hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu disampaikan menerusi perbualan telefon dengan Perdana Menteri Bangladesh yang baharu Tarique Rahman bagi menyampaikan ucapan tahniah atas mandat besar yang diperoleh beliau dalam Pilihan Raya Parlimen ke-13 baru-baru ini.

“Saya turut menzahirkan penghormatan kepada rakyat Bangladesh atas kematangan mereka mempertahankan proses demokrasi yang berlangsung secara aman dan teratur.

“Saya juga mengambil kesempatan menjemput Perdana Menteri Tarique untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada masa yang sesuai,” katanya menerusi hantaran Facebook beliau hari ini.

Perdana Menteri turut berharap hubungan persahabatan Malaysia dan Bangladesh terus diperkukuh demi manfaat bersama kedua-dua negara.

Tarique, 60, yang merupakan Pengerusi Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) ialah anak kepada bekas Perdana Menteri, Khaleda Zia dan bekas Presiden, Ziaur Rahman.

Beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu Bangladesh pada Selasa di Parlimen kebangsaan Jatiya Sangsad di Dhaka.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img