Polis cari saksi penunggang maut di selekoh

POLIS meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut melibatkan seorang penunggang motosikal di Jalan Bukit Cherakah, Pucak Alam, tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan membabitkan motosikal Yamaha Y15ZR dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Jetour pada jam 7.35 pagi kelmarin.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari rumah ke tempat kerja di Klang sebelum terjatuh di selekoh berhampiran Pusat Koreksional Puncak Alam.

“Mangsa kemudian terseret ke lorong bertentangan sebelum melanggar bahagian sisi kanan sebuah kenderaan dari arah hadapan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian abdomen dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Azie Azyanti Mohd Rafae di talian 013-6756317 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di talian 03-61561222.

Dalam pada itu, Mohd Hafiz menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati serta mematuhi peraturan lalu lintas bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img