Polis sahkan pemandu bas riba wanita suami orang

POLIS mengesahkan pemandu bas ekspres yang tular memandu sambil meriba seorang wanita sudah berkahwin, manakala wanita terbabit hanyalah kenalannya.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert berkata, lelaki berusia 36 tahun itu dipercayai menetap di Johor, namun identiti wanita berkenaan masih belum dikenal pasti.

Menurutnya, setakat ini polis belum memperoleh maklumat lanjut berhubung hubungan sebenar antara kedua-dua individu kerana mereka masih gagal dikesan.

“Polis memandang serius kejadian ini kerana ia melibatkan kenderaan awam yang membawa penumpang.

“Kita memohon kerjasama pemandu bas ekspres dan wanita terbabit supaya tampil segera ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 7.30 malam Ahad lalu di susur masuk kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bemban arah selatan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Marwan Shafiq Mohd Latfi di talian 011-11127533 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img