Polis siasat 3 pelajar pukul, buli rakan sekolah

POLIS sedang menyiasat kes rusuhan dan buli membabitkan seorang pelajar lelaki yang dipercayai dipukul tiga pelajar di kawasan tangga Blok F, Flat Sri Nilam Ampang di Ampang Jaya semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya mengesan satu hantaran video kejadian yang tular di aplikasi Facebook hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 24 Julai (semalam) kira-kira jam 12.31 tengah hari selepas mangsa yang juga pelajar sebuah sekolah menengah di Bandar Baru Ampang dibawa oleh seorang pelajar lelaki ke lokasi kejadian.

“Semasa pengadu berada di Sekolah Menengah Bandar Baru Ampang, pengadu telah dibawa oleh seorang pelajar lelaki ke bawah tangga Blok F, Flat Sri Nilam Ampang.

“Setelah sampai, pengadu telah dipukul oleh tiga pelajar lelaki di kawasan tangga Blok F, Flat Sri Nilam Ampang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairul Anuar berkata, siasatan mendapati suspek bertindak menampar muka serta menendang badan mangsa, manakala kejadian itu dirakam seorang lagi pelajar lelaki sebelum disebarkan dalam kumpulan WhatsApp.

“Motif kejadian kerana menganggu teman wanita salah seorang suspek,” katanya.

Beliau berkata, kesemua suspek dan mangsa yang berusia bawah 18 tahun dipercayai bersekolah di sekolah sama.

Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 147 dan Seksyen 507B Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan, pesalah boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali manakala Seksyen 507B Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img