Polis tingkatkan rondaan susulan ketukan misteri di Alor Setar

POLIS akan mempertingkatkan rondaan di kawasan perumahan dan kampung sekitar Langgar susulan kejadian bunyi ketukan misteri yang dilaporkan mengganggu penduduk sejak dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan rasmi daripada penduduk berhubung kejadian terbabit.

Beliau berkata, bagaimanapun polis mengambil maklum kebimbangan penduduk dan akan meningkatkan rondaan di kawasan terlibat bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.

“Sekiranya penduduk mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu boleh membuat laporan di balai polis berhampiran.

“Namun setakat ini kita tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapo Harian Metro.

Syed Basri turut menasihatkan penduduk supaya menutup pintu dan mengunci kediaman masing-masing dengan baik, terutama pada waktu malam.

Katanya, langkah berkenaan penting bagi memastikan keselamatan penduduk serta kediaman sentiasa terjamin.

Media sebelum ini melaporkan bunyi ketukan kuat yang dialami penduduk di beberapa taman perumahan sekitar Jalan Langgar hingga ke Pekan Langgar sejak dua hari lalu mencetuskan tanda tanya dan kebimbangan orang ramai.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here