POLIS meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di daerah Alor Setar, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Setar berkata, remaja berkenaan dikenali sebagai Nur Alia Rahim.
Menurutnya, Nur Alia mempunyai ketinggian 157 sentimeter, berat 40 kilogram dan berkulit cerah.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan remaja berkenaan diminta menghubungi Sarjan Izyan di talian 018-6655301.
“Maklumat juga boleh disalurkan kepada talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di talian 04-7747222 atau Hotline Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di talian 04-7741222,” katanya dalam kenyataan Hebahan Orang Hilang.






