PRM2.0: 204,523 warga asing pulang ke negara asal

PROGRAM Repatriasi Migran 2.0 (PRM2.0) di bawah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) merekodkan seramai 204,523 warga asing pulang ke negara asal secara sukarela setakat hari ini sejak dilaksanakan pada 19 Mei tahun lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, jumlah itu daripada keseluruhan 228,961 individu berdaftar menyertai program terbabit yang dijadual berakhir 30 April ini.

Beliau berkata, kerajaan turut berjaya mengutip hasil berjumlah RM114,585,840 sepanjang pelaksanaan program itu.

“Sambutan terhadap PRM2.0 meningkat menjelang tempoh akhir program dengan kehadiran warga asing yang ramai di pejabat imigresen untuk menyertainya.

“Pada peringkat awal pelaksanaan, sambutan agak perlahan sebelum meningkat ketara apabila menghampiri tarikh tamat,” katanya dalam sidang media kejayaan Ops Serkap di ibu pejabat JIM di Putrajaya hari ini.

Menurut Zakaria, berdasarkan rekod, penyertaan tertinggi membabitkan warga Indonesia diikuti Bangladesh.

Beliau berkata, pihaknya sudah memohon untuk melanjutkan program berkenaan, namun keputusan mengenainya masih belum dimuktamadkan.

Media sebelum ini melaporkan operasi penguatkuasaan terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) akan terus dilaksanakan walaupun PRM2.0 dilanjutkan bermula 19 Mei 2025 hingga 30 April ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen, Jafri Embok Taha dilaporkan berkata, PRM2.0 dilaksanakan bagi memberi peluang kepada warga asing yang tidak mempunyai dokumen sah untuk pulang secara sukarela ke negara asal mereka.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img