Puteri Bajrakitiyabha mangkat selepas lebih tiga tahun koma

PUTERI sulung Raja Thailand, Puteri Bajrakitiyabha Mahidol yang berada dalam keadaan koma selama lebih tiga tahun, meninggal dunia malam tadi menurut pengumuman rasmi Istana Diraja Thailand, memetik laporan BBC.

Puteri Bajrakitiyabha koma selepas rebah pada Disember 2022 selepas mengalami masalah jantung ketika menghadiri sesi latihan anjing tentera di Nakhon Ratchasima, utara Bangkok.

Pasukan perubatannya mengaitkan kejadian itu dengan degupan jantung yang tidak teratur dan serius, berpunca daripada jangkitan mycoplasma pada jantungnya.

Dengan pemergiannya, keluarga diraja Thailand kehilangan seorang lagi individu paling berwibawa, selain berpotensi memainkan peranan penting dalam isu pewarisan takhta yang masih belum jelas.

Puteri Bajrakitiyabha mangkat pada usia 47 tahun merupakan anak sulung Raja Maha Vajiralongkorn.

Beliau dilahirkan pada 7 Disember 1978 hasil perkahwinan pertama raja itu dengan sepupu baginda, Puteri Soamsawali.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img