Remaja Malaysia ditahan bawa 3kg bunga ganja ke Hong Kong

SEORANG remaja lelaki warga Malaysia ditahan pihak berkuasa Hong Kong selepas ditemui membawa tiga kilogram bunga ganja bernilai kira-kira RM260,000 di dalam bagasi ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, 9 Julai lalu.

Jabatan Kastam dan Eksais Hong Kong (Kastam Hong Kong) berkata, suspek berusia 19 tahun itu tiba dengan penerbangan dari Kuala Lumpur menerusi Singapura.

Menurutnya, dadah berkenaan ditemukan di dalam bagasi berdaftar suspek ketika pemeriksaan kastam dijalankan.

“Pegawai kastam menemukan bahan disyaki bunga ganja seberat kira-kira tiga kilogram di dalam bagasi berdaftarnya.

“Lelaki itu kemudian ditahan dan siasatan masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan.

Kastam Hong Kong berkata, penguatkuasaan terhadap kegiatan pengedaran dadah akan terus dipertingkat menerusi analisis risikan.

“Orang ramai juga diingatkan supaya tidak membawa barangan yang tidak diketahui kandungannya bagi pihak individu lain,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Kastam Hong Kong akan terus menggunakan pendekatan penilaian risiko dengan memberi tumpuan kepada pemeriksaan penumpang dari kawasan berisiko tinggi bagi membanteras kegiatan pengedaran dadah rentas sempadan.

Mengikut Ordinan Dadah Berbahaya Hong Kong, pengedaran dadah berbahaya adalah kesalahan serius yang boleh dihukum denda maksimum HK$5 juta (RM2.6 juta) dan penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img