‘’Selagi denda tak dibayar,Najib kekal di penjara’’ – Peguam Negara

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih belum membayar denda sebanyak RM50 juta bagi menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.

Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mohktar, bagaimanapun berkata, tiada had masa ditetapkan berhubung bayaran denda berkenaan.

“Selagi denda terbabit tidak dibayar, Datuk Seri Najib kekal berada di penjara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Peluncuran Sekolah Angkat MADANI Jabatan Peguam Negara di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Hor, di Kota Bharu, hari ini, lapor Buletin TV3.

Sebelum ini Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan memberi pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028 sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.

Perkara itu diumumkan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong yang mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan.

Susulan itu, peguam Najib memaklumkan tidak mampu membayar denda RM50 juta yang dikenakan sebagai antara syarat untuk membolehkannya menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International di bawah tahanan rumah.

Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, dilaporkan berkata, Najib tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk menjelaskan denda berkenaan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here