Selepas batalkan pasport, polis Indonesia minta Interpol keluarkan notis merah terhadap Riza Chalid

 POLIS  Indonesia (POLRI) memohon Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (INTERPOL) di Lyon, Perancis, mengeluarkan notis merah terhadap Mohammad Riza Chalid, susulan kes rasuah pengurusan minyak mentah, lapor Agensi Berita ANTARA.

Setiausaha Biro Pusat Nasional (NCB) Interpol Indonesia, Brigedier Jeneral Untung Widyatmoko, semalam berkata Pejabat Peguam Negara (AGO) telah melengkapkan semua syarat permohonan itu minggu lalu.

“Kami segera menyerahkan permohonan notis merah INTERPOL (IRN) terhadap individu yang dimaksudkan (Riza Chalid),” katanya sambil menambah bahawa Interpol akan mengeluarkan notis itu selepas menjalankan penilaian.

AGO menamakan Chalid, pemilik PT Orbit Terminal Merak sebagai suspek dalam kes rasuah berkaitan pengurusan minyak mentah dan produk penapisan di syarikat tenaga milik negara Pertamina serta Kontraktor Kontrak Kerjasama (KKKS) antara 2018 hingga 2023.

Dia juga berdepan pertuduhan dalam kes pengubahan wang haram.

Chalid dimasukkan dalam senarai orang paling dikehendaki AGO sejak 19 Ogos lalu. Menteri Imigresen dan Pemasyarakatan, Agus Andrianto turut mengumumkan pasportnya dibatalkan.

Menurut Agus, Chalid dikesan berada di Malaysia selepas meninggalkan Indonesia pada Februari lalu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img