Seorang maut, rakan parah tercampak keluar kereta

SEORANG lelaki maut manakala rakannya parah selepas tercampak keluar daripada kereta yang dinaiki sebelum kenderaan itu terbabas ke dalam semak di Jalan Song-Kapit berhampiran Engkabau, Kuching, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa yang maut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Song untuk mendapatkan rawatan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song menerima panggilan kecemasan daripada Balai Polis Song sebelum sepasukan tujuh anggota digerakkan ke lokasi.

Menurutnya, kemalangan membabitkan sebuah Perodua Bezza yang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas kira-kira 20 meter ke dalam semak di tepi jalan.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati kedua-dua mangsa sudah berada di luar kenderaan dan dipercayai tercampak keluar ketika kemalangan berlaku.

“Seorang mangsa didapati berada di bawah bahagian bonet kereta, manakala seorang lagi berada kira-kira satu meter dari mangsa pertama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, anggota bomba menggunakan peralatan Air Lifting Bagbagi mengangkat bahagian kenderaan untuk mengeluarkan mangsa yang dihempap bonet.

Katanya, selepas berjaya dikeluarkan, mangsa yang cedera diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Song untuk rawatan lanjut.

“Seorang lagi mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Operasi turut membabitkan empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tiga petugas KKM sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.23 petang.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img