SPRM kutip hasil RM16.2 bilion, 6,643 tangkapan sepanjang enam tahun di bawah Azam Baki

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merekodkan sejumlah 6,643 tangkapan menerusi pelbagai operasi penguatkuasaan yang dijalankan sepanjang kepimpinan Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki.

Sepanjang tempoh 2021 hingga Februari tahun ini, suruhanjaya itu juga merekodkan penyitaan, pelucuthakan, kompaun dan penyelesaian (settlement) membabitkan nilai keseluruhan lebih RM16.2 bilion.

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat SPRM, Hisyam Mohd Yusoff berkata, berdasarkan statistik keseluruhan operasi SPRM bagi tempoh 2020 hingga 2026, SPRM menyatakan tahun 2024 mencatat jumlah tangkapan tertinggi iaitu 1,334 individu.

Menurut beliau, ia diikuti 2025 dengan 1,145 tangkapan dan 2023 sebanyak 1,137 tangkapan.

“Sepanjang 2020 pula, SPRM merekodkan 998 tangkapan sebelum menurun kepada 851 tangkapan pada 2021, namun kembali meningkat kepada 909 tangkapan pada 2022. Bagi tahun ini pula, sebanyak 269 tangkapan direkodkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan itu, Hisyam berkata, SPRM turut menerima 40,648 maklumat berkaitan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang tempoh berkenaan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 5,997 kertas siasatan telah dibuka, manakala 2,843 individu dituduh di mahkamah serta 1,459 sabitan direkodkan,” katanya.

Tambah beliau, dalam tempoh itu, nilai keseluruhan tindakan pembekuan, penyitaan, pelucuthakan, kompaun dan penyelesaian (settlement) yang direkodkan bagi tempoh 2021 hingga 2026 mencecah lebih RM16.29 bilion.

SPRM berkata berdasarkan statistik itu, tahun 2023 merekodkan jumlah tertinggi dengan nilai keseluruhan sebanyak RM8.12 bilion, diikuti 2021 sebanyak RM5.14 bilion dan 2025 berjumlah RM1.74 bilion.

“Bagi tahun 2024 pula, jumlah keseluruhan direkodkan sebanyak RM789.48 juta manakala 2022 mencatatkan RM493.43 juta dan 2026 setakat ini sebanyak RM14.68 juta,” katanya.

Azam dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang keenam sejak 9 Mac 2020 dan bakal menamatkan perkhidmatannya mulai esok.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img