SPRM tubuh pasukan khas siasat dakwaan rasuah RM350,000 libat pegawai kanannya

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius terhadap isu dakwaan rasuah berjumlah RM350,000 yang dikaitkan dengan seorang pegawai kanan suruhanjaya ini dan telah tular baru-baru ini.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, isu itu pernah disiasat pada tahun 2018 dan kes tersebut ditutup selepas tiada sebarang kesalahan berjaya dibuktikan.

‘’Dengan gesaan serta penularan semula isu terbabit, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, telah mengarahkan agar satu pasukan khas ditubuhkan dengan kadar segera bagi menyemak dan meneliti semula perkara ini.

‘’Langkah ini diambil untuk memastikan integriti SPRM terus terpelihara dan keyakinan masyarakat terhadap institusi ini tidak tergugat,’’ kata kenyataan itu.

SPRM menegaskan bahawa agensi itu tidak akan berkompromi dalam menangani isu yang boleh menjejaskan kredibiliti suruhanjaya.

‘’Semua pihak diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi serta tidak menyebarkan berita yang belum dipastikan kesahihannya,’’ kata kenyataan berkenaan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here