Tahanan rumah Najib: Kecacatan dokumen ketara, tidak sepatutnya berlaku – Peguam Negara

PEGUAM Negara Tan Sri Mohd.Dusuki Mokhtar menegaskan kecacatan pada dokumen order of discharge bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan tahanan rumah adalah sesuatu yang ketara dan tidak sepatutnya berlaku dalm sistem perundangan negara.

Katanya, perkara itu tidak patut berlaku jika pihak berkenaan ambil langkah teliti sebarang butiran dengan cermat.

‘’Kesilapan ini adalah ketara dan menyebabkan timbul masalah tidak sepatutnya,’’ katanya lapor Berita Harian.

Sebelum ini beberapa peguam dan pakar perundangan menyifakan tindakan Jabatan Peguam Negara menangguh pelaksanaan perintah tahanan rumah terhadap Najib adalah wajar kerana terdapat kekeliruan dalam dokumen Perintahan Mahkamah Tinggi.

Peguam Liyana Marzuki berkata perintah mahkamah yang menggunakan perkataan “discharge forthwith” perlu diteliti dengan mengambil kira Perintah Pengampunan Yang di-Pertuan Agong yang sebelum ini memberikan pengurangan hukuman dengan pelaksanaan melalui tahanan rumah, bukannya pengampunan penuh.

Katanya, perkara itu perlu diberikan penjelasan lanjut bagi mengelakkan kekeliruan mengenai status tahanan dan pelaksanaan hukuman terhadapnya.

Melalui Facebook beliau, Liyana berkata, penggunaan istilah berkenaan menimbulkan persoalan sama ada Najib dilepaskan serta-merta daripada tahanan atau pelepasan itu hanya merujuk kepada konteks tertentu dalam prosiding mahkamah.

Semalam, Peguam Razlan Hadri Zulkifli, berkata timbul kekeliruan ketara dan perbezaan tafsiran dalam kalangan orang ramai berhubung penggunaan perkataan ‘pelepasan’ (discharge) dalam perintah mahkamah itu.

Sehubungan itu tegas beliau,  Peguam Negara tidak mencabar keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, sebaliknya hanya memohon penjelasan mengenai tafsiran yang betul bagi perintah berkenaan.

“Kita mesti membenarkan peguam negara mendapatkan penjelasan diperlukan. Sekiranya segalanya berjalan mengikut saluran betul, Najib akan menjalani baki hukuman kes SRC beliau di kediamannya di Langgak Duta.

“Saya tidak fikir ini satu masalah yang tidak boleh diatasi. Pada pandangan saya, peguam negara bertindak mengikut tradisi terbaik jabatannya. Saya beranggapan tiada sebarang kesalahan untuk peguam negara membangkitkan isu ini. Malah, ia langkah terpuji. Kita sepatutnya bersyukur kerana mempunyai seorang peguam negara yang berhati-hati,’’ katanya.

Peguam A Srimurugan, berkata perkataan ‘pelepasan’ dalam perintah mahkamah itu bersifat kabur, manakala ketiadaan peruntukan khusus di bawah Kanun Prosedur Jenayah memburukkan lagi keadaan.

“Mengapa kita tidak boleh tafsirkan begitu sahaja perkataan pelepasan itu? Ini kerana tiada peruntukan dalam kanun tersebut untuk menangani perkara ini. Apabila Yang di-Pertuan Agong memerintahkan seseorang menjalani hukuman bawah tahanan rumah, adakah itu bermakna orang tersebut dilepaskan?

“Sebab itulah Peguam Negara kini menunjukkan timbul masalah. Apa yang dilakukan peguam negara adalah tepat. Beliau berkata disebabkan kekaburan berkenaan, AGC perlu merujuk kembali kepada mahkamah, sama ada melalui semakan semula atau memohon penjelasan mengenai maksud perintah tersebut,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here