Rumah tempatkan Najib masih belum dimuktamadkan – Polis

POLIS dan Jabatan Penjara Malaysia menjalankan penilaian di sebuah kediaman di Langgak Duta, Kuala Lumpur bagi melihat aspek keselamatan sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani tahanan rumah.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam berkata, rumah yang akan menempatkan bekas Perdana Menteri itu masih belum dimuktamadkan kerana pihaknya belum menerima perintah rasmi berhubung perkara tersebut.

“Belum dimuktamadkan lagi. Pihak tertinggi akan memberikan keputusan dan akan dimaklumkan kepada pemberita pada bila-bila masa.

“Kita harapkan ada good news dalam masa terdekat, jadi sama-sama kita tunggu,” katanya ketika ditemui pemberita di kediaman berkenaan, hari ini.

Menurut beliau, penilaian bersama Jabatan Penjara itu membabitkan aspek keselamatan, dengan pihak polis bertanggungjawab terhadap kawalan di bahagian luar manakala pihak penjara bagi bahagian dalam.

“Tidak ada kawalan yang begitu ketat. Pihak penjara bertanggungjawab di bahagian dalam, pihak polis bertanggungjawab di bahagian luar,” katanya.

Anuar Bakri berkata, tiada pemasangan pagar besi atau kawalan ketat akan dilakukan di kediaman berkenaan.

Beliau berkata, pihak polis bersedia pada bila-bila masa bagi memastikan keselamatan sekiranya menerima arahan lanjut berhubung perkara itu.

Terdahulu, Anuar Bakri bersama pegawai Jabatan Penjara mengadakan mesyuarat di kediaman Najib di Langgak Duta bagi menilai aspek keselamatan dan kediaman berkenaan susulan cadangan pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri itu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here