Tanah runtuh di Kajang, tiga kereta dan tiga motosikal tertimbus

ENAM buah kenderaan melibatkan tiga kereta dan tiga motosikal tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Nilam 2 di Kajang petang tadi.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak membabitkan kehilangan nyawa atau individu yang terperangkap di dalam kenderaan, manakala tiada kediaman dilaporkan terjejas.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5 petang sebelum Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Hulu Langat menerima maklumat mengenainya menerusi media sosial pada jam 6.45 petang.

Susulan laporan itu, sepasukan anggota APM digerakkan ke lokasi pada jam 7 malam bagi menjalankan pemantauan serta memeriksa keadaan kawasan berkenaan.

Pemeriksaan turut dilakukan oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan polis bagi memastikan situasi di lokasi terkawal serta tidak mendatangkan risiko keselamatan kepada orang awam, lapor NST.

Berdasarkan laporan awal, pihak polis memaklumkan tiada tindakan lanjut diperlukan setakat ini.

Tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka berikutan tiada keluarga dilaporkan terjejas akibat kejadian berkenaan.

Anggota polis dan APM masih menjalankan pemantauan di kawasan terbabit bagi memastikan keselamatan orang awam terpelihara.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here