TERKINI : Konvoi Global Sumud Flotilla masuki zon merah…hanya 90 batu nautika dari Gaza

TERKINI!

Delegasi Global Sumud Flotilla kini telah memasuki zon merah, hanya kira-kira 90 batu nautika (175 km) dari Gaza. Ketika ini, seluruh kapal delegasi sedang melakukan persiapan terakhir menghadapi apa sahaja kemungkinan yang bakal menanti.

”Inilah saat paling genting. Kami menyeru umat Islam di seluruh dunia untuk bangkit, sebarkan dan doakan tanpa henti agar pelayaran bersejarah ini selamat menembusi kepungan haram Israel dan sampai kepada saudara kita di Gaza” – Sumud Nusantara

Sementara itu penganjur Global Sumur Frotilla dalam kenyataan terbaru malam ini berkata, Flotilla Gaza terus berlayar walaupun diugut tentera Israel.

Melalui akaun Instagramnya, GSF berkata, selepas melalui malam yang dipenuhi taktik ugutan daripada tentera Israel, penganjur flottila bantuan ke Gaza mengesahkan bahawa semua peserta berada dalam keadaan tenang dan mematuhi sepenuhnya prosedur keselamatan.

Dalam  kenyataan itu, GSF menegaskan bahawa ancaman tersebut tidak melemahkan semangat mereka, malah semakin menguatkan tekad untuk meneruskan misi memecahkan sekatan, menghantar bantuan, dan menunjukkan solidariti tanpa kekerasan bersama rakyat Gaza.

“Semua peserta selamat. Ancaman ini tidak sedikit pun melemahkan kami, sebaliknya memperbaharui semangat dan tekad perjuangan kami,” menurut kenyataan itu.

Flotila tersebut kini telah melepasi kawasan di mana kapal Madleen pernah dipintas sebelum ini. Namun begitu, penganjur menegaskan mereka tetap berwaspada sepanjang perjalanan menuju ke Gaza.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img