TIDAK RASMI : BN dijangka menang besar di PRN Johor, Sahrudin Jamal tumbang di Bukit Kepong

BARISAN Nasional (BN) dijangka menang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor apabila setakat pukul 8.30 malam ini secara tidak rasmi telah melepasi jauh angka majoriti mudah 29 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri apabila menang di 40 kerusi.

Difahamkan BN berupaya memenangi antara 48 hingga 50 kerusi manakala Pakatan Harapan hanya mampu menang antara enam hingga 8 kerusi sahaja.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, “Alhamdulillah, kita dah cross (melepasi) 40 kerusi.”

Beliau berkongsi perkara itu ketika ditemu bual secara ringkas oleh UMNO Online. Namun beliau tidak menjelaskan secara lanjut.

“Saya ucap terima kasih kepada ahli Umno, parti komponen PN, Friends Of BN dan jentera yang telah membantu kita. Ia natijah untuk Johor ke hadapan,” katanya sambil memberi jaminan wakil rakyat BN dipilih akan memberi perkhidmatan terbaik dalam tempoh lima tahun.

Sementara itu Pengerusi Bersatu Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal tumbang di Bukit Kepong kepada calon BN, Ahmas Syar’e Yusof.

Manakala Pakatan Harapan dijangka kalah teruk dalam pilihan raya apabila setakat ini

BERITA LANJUT MENYUSUL



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img