Tidak rasmi GRS menang PRN Sabah, Hajiji angkat sumpah malam ini

GABUNGAN Rakyat Sabah (GRS) secara tidak rasmi memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang diadakan hari ini.

Difahamkan, Datuk Seri Hajiji Noor akan mengangkat sumpah  sebagai Ketua Menteri Sabah malam ini.

Portal berita FMT melaporkan, sumber dalaman GRS memaklumkan beberapa siri perbincangan kepimpinan telah berlangsung sejak petang tadi, termasuk rundingan dengan parti gabungan dan rakan strategik di peringkat persekutuan.

Difahamkan, Istana Seri Kinabalu dimaklumkan tentang perkembangan berkaitan pembentukan kerajaan baharu, dan persediaan awal telah dibuat bagi proses menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Musa Aman.

Setakat kiraan tidak rasmi  GRS menguasai 30 kerusi DUN dan hanya memerlukan 7 lagi untuk membentuk kerajaan.

Dengan Pakatan Harapan (PH) dijangka mempunyai 2 ADUN dan disokong beberapa wakil rakyat bebas, yang sebelum ini mewakili GRS, Hajiji dijangka memperolehi majoriti mudah tanpa memerlukan bantuan Barisan Nasional (BN).



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img