PRN Sabah: TAK RASMI – Hanya 6 kerusi belum diketahui, GRS dijangka tubuh kerajaan

PRN Sabah TAK RASMI :  GRS – 29, BN-9, PH-2, UPKO-1,Warisan-18, STAR -2, KDM – 1, lain-lain – 5

PRN Sabah semakin mendebarkan apabila secara tidak rasmi hanya tinggal 6 kerusi yang sedang dikira atau belum diketahui.

Sementara itu,  Jamawi Jaafar menyumbangkan kerusi kepada Pakatan Harapan (PH) apabila menang di Melalap bagaimana seorang lagi calon PH dari PKR Yamani Hafez Musa kalah di Sindumin .

Presiden Warisan, Shafie Apdal menepati ramalan apabila menang kerusi Senallang manakala adiknya Yusof Apdal menang di DUN Silam.

 Bagaimanapun pegawai kepada Ahmad Zahid Hamidi, Jamal Norubit tewas di Kawang kepada penyandang Ghulam Haidar Khan Bahadar dari GRS.

Presiden STAR, Jeffrey Kitingan berjaya mempertahankan DUN Tambunan apabila menewaskan isteri Pandikar Amin Mulia, Diana Diego@Yusrina Sufiana.

PKR memenangi dua kerusi untuk PH, berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat ini, manakala DAP tewas di semua lapan kerusi yang ditandinginya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img