Tiga termasuk suami isteri maut Axia, BR-V bertembung

TIGA termasuk sepasang suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 31.2, Jalan Kota Tinggi-Kluang di Kota Tinggi petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu daripada orang awam kira-kira jam 6.20 petang.

Menurut beliau, kemalangan dipercayai berlaku apabila Honda BR-V dari arah Kota Tinggi menghala ke Kluang terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Perodua Axia.

Beliau berkata, BR-V dipandu lelaki berusia 42 tahun bersama dua penumpang lelaki berusia 58 tahun.

Katanya, Axia pula dipandu lelaki berusia 38 tahun bersama seorang penumpang wanita berusia 34 tahun yang merupakan pasangan suami isteri.

“Penumpang belakang BR-V dan penumpang hadapan Axia mengalami kecederaan parah di kepala serta badan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu Axia pula meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Yusof berkata, pemandu dan penumpang hadapan BR-V turut mengalami kecederaan dan menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi sambil memberitahu kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here