Tindakan ‘gila’ Trump akan beri kesan serius kepada wilayah AS, kata Iran

TINDAKAN ‘gila’ Donald Trump untuk menyerang infrastruktur Iran boleh membawa kesan perang sampai ke  Amerika Syarikat (AS).

Agensi Berita Tasnim melaporkan, sumber dalaman tentera Iran memberitahu kesan tersebut bagi merujuk kepada ancaman terbaru Trump untuk menyasarkan loji jana kuasa dan jambatan di Iran.

Beliau berkata, “Selepas beberapa kegagalan dan pengunduran, serta kekalahan bersejarah semalamdi Isfahan, Trump cuba mengalihkan perhatian daripada hari bersejarah itu melalui ciapan berunsur ancaman.”

Angkatan Bersenjata Iran dilaporkan telah menggagalkan percubaan Amerika untuk menyelamatkan seorang juruterbang yang terhempas, dengan memusnahkan beberapa pesawat termasuk helikopter Black Hawk dan sebuah pesawat pengangkut tentera dalam satu operasi bersepadu di selatan Isfahan, Iran tengah.

Jurucakap Markas Pusat Khatam al-Anbia Iran pada Ahad, 5 April, mengumumkan bahawa pasukan tentera Iran telah memusnahkan beberapa pesawat Amerika di selatan Isfahan sekali gus menggagalkan misi menyelamat seorang juruterbang pejuang Amerika yang terhempas.

Berhubung ancaman Trump terhadap infrastruktur Iran, sumber itu berkata:

 “Jika Trump meningkatkan kegilaannya dengan melaksanakan ancaman ini, ia hanya akan menjadikan kekalahannya lebih nyata. Dan sudah tentu, beliau perlu tahu bahawa dalam keadaan itu, selain memusnahkan semua kepentingan Amerika di rantau ini, kesan perang kemungkinan akan sampai ke wilayah Amerika.”

Sumber tersebut menjelaskan bahawa beliau tidak merujuk kepada serangan peluru berpandu ke atas AS, dan menambah bahawa Trump telah berbohong mengenai perkara ini sebelum perang  serta masih berbuat demikian kini.

“Namun Trump akan menyaksikan bahawa mereka akan mengalami kekacauan serius dari dalam wilayah Amerika sendiri,” katanya.

Merujuk kepada salah perhitungan Trump dalam memulakan konflik semasa, sumber itu memberi amaran bahawa beliau juga akan melakukan kesilapan besar dalam menilai peningkatan konflik, yang hanya akan memburukkan lagi kekalahannya.

“Iran bersedia untuk meningkatkan ketegangan ke tahap apa pun.”

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img