Tragedi 6 sekeluarga: Lans Koperal, isteri jururawat antara yang maut

ANGGOTA polis berpangkat Lans Koperal dan isteri yang bekerja sebagai jururawat antara enam yang disahkan sekeluarga maut dalam kemalangan di Jalan Pinang Tunggal dekat Sungai Petani, petang tadi.

Turut terkorban anak pasangan itu, ibu, adik serta anak saudara.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, pemandu SUV adalah Ahmad Syafiq Ahmad Shukri, 29, merupakan anggota polis yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

“Mangsa maut lain adalah adiknya, Ahmad Fahim, 21, yang juga jurujual kedai telefon dan ibu mereka, Nora Mohd Husin berusia 55 tahun.

“Turut terkorban isteri Ahmad Syafiq iaitu Jamaliah Sannusi, 29, seorang jururawat di Hospital Sungai Bakap, Pulau Pinang, anak mereka Ahmad Mikail yang berusia dua bulan serta anak saudara, Iskandar Affan Ibrahim, 7.

“Seorang lagi anak Ahmad Syafiq, Aulia Sofea, 3, parah di bahagian muka, kini dirawat dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani,” katanya memetik laporan Harian Metro Online.

Terdahulu, Adzli meluangkan masa melihat proses bedah siasat mangsa dan menziarahi ahli keluarga.

Beliau berkata, pihaknya menjalankan siasatan lanjut berhubung kemalangan yang tular di media sosial itu mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurutnya, pemandu lori warga tempatan berusia 47 tahun yang ditahan susulan kemalangan itu juga akan dibawa ke Mahkamah Sungai Petani esok untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi berkaitan kemalangan itu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img