Tular aksi lelaki berpakaian duyung jual air balang di Pengkalan Chepa

SATU video tular yang menyaksikan seorang lelaki berpakaian seperti duyung sambil berjoget di hadapan sebuah gerai menjual air balang dipercayai di Pengkalan Chepa, Kota Bharu.

Rakaman video berdurasi selama 26 saat itu tular di laman Facebook sejak semalam sehingga menerima kecaman netizen dengan menyifatkan perbuatan itu memalukan terutama dilakukan ketika Ramadan, lapor Harian Metro.

Menerusi video berkenaan, lelaki tersebut yang berpakaian wanita itu berjoget sambil memegang air selain membuat aksi seperti duyung di sebuah gerai menjual air balang.

Tindakan tidak bermoral itu dipercayai sebagai content untuk melariskan jualan air balang yang dijual.

Malah pada masa sama, ramai juga yang mendesak supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) menarik balik lesen perniagaan gerai itu selain mengenakan tindakan tegas terhadap individu berkenaan.

Difahamkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) sedang mengesan lelaki berkenaan untuk tindakan lanjut.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img