CENDEKIAWAN Muslim Indonesia Prof Din Syamsuddin menegaskan, seluruh umat Islam perlu menyokong Iran menentang kezaliman Amerika Syarikat dan Israel.
Tegasnya, walaupun selama ini Iran memang dikenali sebagai negara yang mengamalkan mazhab Syiah namun sekarang bukan masanya mengungkit perbezaan mazhab.
‘’Yang diperlukan sekarang adalah memperkukuhkan rasa persaudaraan Islam (ukhuwah Islamiyah),’’ katanya lapor mediaindonesia.
Beliau berkata, seruan penyatuan itu turut dibuat oleh ulama-ulama dunia termasuk Sheikh Al-Azhar,, Syekh Ahmed el-Tayeb.
“Bukan saatnya lagi kita mempertentangkan perbedaan antara Sunni dan Syiah, Arab dan Parsi. Kita adalah umat satu, dengan kitab suci yang satu, al-Quran dan satu kiblat, Kaabah Baitullah,” tegasnya.
Semalam beliau mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Iran ke Indonesia, Mohammad Boroujerdi, di, Jakarta Selatan.
Prof Din turut mengingatkan umat Islam, khususnya di Indonesia, agar tidak terjerumus dalam usaha adu domba yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu.
“Saatnya untuk bersatu padu, untuk tidak terhasut, terprovokasi, oleh politik pecah perintah yang mengadu domba di antara kita, umat Islam,” tegasnya.


