Wanita Malaysia ditahan cuba seludup 31kg dadah ke Nigeria

SEORANG wanita rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Nigeria selepas dipercayai cuba menyeludup 31 kilogram dadah jenis Canadian Loud ke negara itu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Murtala Muhammed di Lagos, lapor The Guardian Nigeria.

Suspek, Ting Hung Kiong, 63, ditahan pada 17 Mei lalu oleh Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Dadah Kebangsaan Nigeria (NDLEA) sebaik tiba di terminal ketibaan lapangan terbang berkenaan.

Difahamkan, wanita tersebut yang memiliki status warga Malaysia naturalisasi itu tiba di Nigeria menaiki penerbangan Emirates dari Thailand melalui Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai dalam perjalanan dari Malaysia ke Thailand sebelum ke Nigeria, dengan membawa dua bagasi besar yang mengandungi bahan terlarang tersebut.

Ketika disoal siasat, suspek mendakwa perjalanan itu ditaja oleh anak perempuannya serta telah berada di Thailand selama kira-kira dua minggu sebelum menerima bungkusan berkenaan untuk dihantar ke Nigeria.

Dalam operasi berasingan, NDLEA turut merampas sejumlah besar bahan terlarang lain termasuk lebih 1.8 juta pil opioid jenis Tapentadol 250mg yang dianggarkan bernilai kira-kira 2.19 bilion naira (lebih RM6 juta) hasil pemantauan ketat pihak berkuasa.

Seorang lagi suspek turut ditahan di lapangan terbang berasingan selepas dipercayai cuba menyeludup kokain yang disembunyikan dalam badan ketika dalam perjalanan ke luar negara.

NDLEA memaklumkan beberapa siri operasi di beberapa negeri termasuk Lagos, Edo, Ekiti dan Kano turut membawa kepada rampasan besar dadah serta penahanan beberapa individu lain yang disyaki terlibat dalam rangkaian pengedaran dadah antarabangsa.

Pihak berkuasa Nigeria terus mempertingkat operasi bagi mengekang aktiviti penyeludupan dadah yang didapati semakin berleluasa melalui laluan udara dan kurier antarabangsa.

Operasi berkenaan merupakan sebahagian daripada tindakan berterusan NDLEA dalam membanteras rangkaian dadah rentas sempadan di negara itu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img