Wanita rugi hampir RM486,000 terperdaya pelaburan di Instagram

SEORANG wanita kerugian sebanyak RM485,832 selepas terperdaya dengan skim pelaburan yang dipromosikan menerusi Instagram.

Ketua Polis Miri, Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, mangsa berusia 48 tahun itu membuat laporan semalam selepas menyedari dirinya ditipu.

Menurutnya, mangsa tertarik dengan iklan pelaburan berkenaan sebelum menghubungi individu dikenali sebagai ‘Han Zhi Hai’ melalui nombor telefon antarabangsa.

“Mangsa dijanjikan pulangan keuntungan dalam tempoh singkat sebelum membuat 14 pemindahan wang ke 12 akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan RM485,832,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mangsa mula curiga apabila gagal memperoleh keuntungan seperti dijanjikan dan diberikan pelbagai alasan oleh suspek sebelum menyedari telah diperdaya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img