Warga emas ditahan kes tembak mati 3 individu, hutang dipercayai motif pembunuhan

POLIS tidak menolak kemungkinan motif seorang lelaki warga emas melepaskan tembakan sehingga menyebabkan tiga individu maut di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi hari ini adalah berpunca daripada faktor hutang.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, dalam kejadian jam 1.30 petang itu, suspek yang berusia 71 tahun berjaya ditahan polis kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian, setengah jam selepas kejadian.

POLIS menjalankan siasatan di lokasi kes tembak 3 individu di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi petang ini. GAMBAR: Community Roda Johor

Menurutnya, bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan suspek warga tempatan itu kira-kira jam 2 petang.

“Kita juga berjaya membuat rampasan ke atas selaras senjata api iaitu shotgun buatan Benelli M/super dengan nombor siri M104817 yang dipercayai digunakan untuk menembak ketiga-tiga mangsa dalam kejadian ini.

“Semakan yang dibuat mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan mempunyai lesen senjata api yang sah iaitu nombor lesen, KTN/4753,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ab Rahaman, kejadian berlaku di sebuah restoran di Taman Kota Jaya yang melibatkan dua lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing berusia antara 37 hingga 63 tahun maut akibat ditembak.

“Lesen senjata api ini dikeluarkan untuk menjaga musuh tanaman dan bukan tujuan lain. Suspek seorang pekebun dan mempunyai tanah pertanian yang melayakkannya memiliki senjata api.

“Mangsa dipercayai maut ditembak menggunakan shotgun itu. Setakat ini, motif pembunuhan masih dalam siasatan pihak polis. Walau bagaimanapun, berdasarkan siasatan awal, kejadian yang berlaku tidak mempunyai sebarang isu membabitkan elemen kongsi gelap dan unsur-unsur keganasan (terrorism).

“Kita tidak menolak kemungkinan bahawa motif pembunuhan berpunca daripada masalah hutang peribadi,” katanya.

Ab Rahaman berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh dan permohonan reman ke atas suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Kota Tinggi esok.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img