Warga emas rentung dalam kebakaran rumah dua tingkat

SEORANG wanita warga emas ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah dua tingkat di Jalan Fook Hin, Batu 12, Sandakan, malam tadi.

Mangsa berusia 84 tahun ditemui pasukan bomba di ruang tamu rumah berkenaan kira-kira jam 10.44 malam.

Difahamkan, mangsa tinggal bersama tujuh lagi penghuni lain di rumah terbabit dan dipercayai gagal menyelamatkan diri ketika kebakaran berlaku.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.38 malam.

Menurutnya, seramai 13 anggota bersama tiga jentera dikejarkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman dan menyelamat.

“Api berjaya dikawal daripada merebak pada jam 9.35 malam sebelum mangsa berjaya dikeluarkan dari rumah berkenaan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img