Zahid sokong laporan RCI TH didedah, tak sepatut jadi bahan kempen

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Ahmad  Zahid Hamidi menyokong laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji didedah kepada umum sambil menegaskan  ia tidak sepatutnya dijadikan bahan politik berkempen pada PRN Negeri Sembilan.

Tegasnya, isu tersebut perlu dilihat dari segi sudut profesional dan sebarang laporan pengauditan serta laporan siasatan mesti menjurus ke arah mencari jalan penyelesaian, bukan mengeruhkan keadaan.

“Hasil dapatan daripada siasatan itu bagi saya ia harus dibentangkan dan harus didedahkan kepada umum. Saya mendukung hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuat pembentangan terhadap hasil siasatan berkenaan,” katanya lapor FMT.

Beliau demikian  pada sidang media selepas menghadiri Karnival Hari Keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Zon Selatan di Kem Syed Sirajuddin, Tampin.

Semalam, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Hasan tidak mempunyai halangan bagi laporan RCI TH didedahkan dan menyerahkan kepada pihak berkuasa mengambil tindakan mendakwa pihak yang didapati bersalah.

Beliau, berkata laporan siasatan itu tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana parti politik dan tiada perkara perlu disorokkan daripada pengetahuan rakyat.

“Apa juga keputusan terbabit atau tindakan susulan daripada laporan RCI berkenaan, terpulanglah kepada kerajaan kerana kita tak pernah membantah pun. Laporan RCI ini nak bawa ke Parlimen pun boleh, nak bawa ke umum pun boleh,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img