430 aktivis flotila termasuk 29 dari Malaysia selamat tiba di Istanbul

KESEMUA 430 aktivis Global Sumud Flotilla termasuk 29 dari Malaysia  selamat tiba di Istanbul malam ini dengan tigas pesawat khas yang disediakan oleh kerajaan Turkiye.

“Dengan penuh lega kami mengesahkan bahawa penerbangan TK6925, TK6921 dan TK6919 telah mendarat di Istanbul,” menurut kenyataan pasukan komunikasi keluarga dan sahabat peserta GSF.

Mereka memaklumkan bahawa pasukan pengiring kini terus memantau proses ketibaan para peserta serta memastikan sokongan susulan diberikan sebaik tiba di Turki.

Sebelum ini, tiga penerbangan milik Turkish Airlines yang membawa peserta Global Sumud Flotilla dilaporkan berlepas dari wilayah Palestin yang diduduki pada Khamis (21 Mei 2026) jam 3.30 petang waktu Palestin menuju ke Lapangan Terbang Istanbul, Turki.

Dalam kemas kini rasmi yang dikeluarkan Pasukan Komunikasi Keluarga dan Sahabat peserta GSF, penerbangan berkenaan dikenal pasti dengan nombor TK6925, TK6921 dan TK6919.

Keberangkatan itu merupakan sebahagian daripada proses pengusiran beberapa peserta flotila kemanusiaan yang sebelum ini ditahan pihak berkuasa Israel selepas misi solidariti menuju Gaza dihentikan secara paksa.

Setakat ini, keluarga serta pasukan pengiring terus memantau keadaan para peserta sepanjang proses penghantaran pulang berlangsung.

Aktivis Malaysia dijadualkan kembali ke tanah air pada Ahad ini.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img