54 cedera,18 hilang fasiliti bekalan gas Qatar terbakar

KEMENTERIAN Dalam Negeri Qatar mengesahkan 54 cedera dalam kebakaran di fasiliti bekalan gas tempatan Barzan di Ras Laffan Industrial City malam tadi.

Menurut kementerian itu dalam kenyataan hari ini melalui platform X, operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan bagi mengesan 18 individu yang masih belum ditemui.

‘’Kumpulan Mencari dan Menyelamat Antarabangsa Qatar yang bernaung di bawah Pasukan Keselamatan Dalam Negeri (Lekhwiya) mengetuai operasi tersebut dengan kerjasama pasukan Pertahanan Awam,’’ kata kementerian itu.

Kebakaran itu tercetus pada petang semalam susulan satu letupan ketika proses memulakan semula operasi di fasiliti berkenaan, menurut QatarEnergy.

Pasukan tindak balas kecemasan telah dikerahkan serta-merta untuk mengawal kebakaran, kata Kementerian Dalam Negeri.

Loji Barzan mempunyai kapasiti hampir 1.4 bilion kaki padu standard gas jualan sehari, yang digunakan Qatar terutamanya untuk penjanaan elektrik domestik serta menggerakkan loji penyahgaraman air yang penting di kawasan gurun Semenanjung Arab.

Qatar memiliki hampir keseluruhan pegangan dalam loji tersebut, manakala sebahagian kecil lagi dimiliki oleh syarikat ExxonMobil. Syarikat minyak itu tidak memberikan maklum balas segera terhadap permintaan untuk mendapatkan komen.

Pada Mac lalu, sebuah peluru berpandu Iran telah mengenai kawasan Ras Laffan dan mencetuskan kebakaran yang menyebabkan kerosakan “besar” sebelum berjaya dipadamkan, menurut pihak berkuasa.

 Qatar sebelum itu telah menghentikan pengeluaran di beberapa kemudahan sebagai langkah berjaga-jaga susulan ketegangan serantau.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img