7 rakyat Malaysia termasuk Zainal Rashid antara 100 peserta flotila ditahan tentera Israel

TUJUH rakyat Malaysia dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 ditahan tentera Israel, selepas kapal mereka dipintas ketika dalam perjalanan membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Mereka yang ditahan termasuk aktivis Zainal Rashid Ahmad yang sedang berlayar menaiki kapal Amanda pada jam 5 petang.

Mohamad Muhsin Zaidi pula yang menaiki kapal Isobella pula dipintas pada jam 5.20 petang.

Melalui laporan langsung di Facebook Global Sumud Nusatara,  tiga lagi rakyat Malaysia iaitu Patmanathan Sivasamy, Muhammad Amirul Afif Mohd Azhar dan Dr Syakirin Mohamed Senin yang menaiki kapal Ferluto dilaporkan ditahan pada jam 4.50 petang tadi

Sementara itu, Mohammad Shazly Mohammad Shees dan Tengku Ahmad Taufik Tengku Noor Zahari yang menaiki kapal Cactus pula ditahan pada jam 4 petang.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img