Suami didakwa tampar isteri kerana syak curang

SEORANG pekerja kontrak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Batu Pahat hari ini, atas pertuduhan menampar isterinya kerana mengesyaki wanita itu berlaku curang selepas tidak pulang ke rumah selama sebulan.

Tertuduh, Nizam Sarbini, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Arun Noval Dass.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada empat anak itu didakwa dengan sengaja menampar muka serta memegang tangan secara kasar hingga menyebabkan kecederaan terhadap isterinya berusia 38 tahun.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Batu 18, Ayer Hitam, kira-kira jam 4 petang pada 13 Mei lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.

Seksyen 323 memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, manakala Seksyen 326A membawa hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum bagi kesalahan berkenaan.

Berdasarkan fakta kes, berlaku perselisihan faham selepas tertuduh mengesyaki isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Sebelum kejadian, tertuduh dikatakan berang apabila isterinya enggan menyerahkan telefon bimbit untuk diperiksa.

Tertuduh kemudian didakwa mengheret mangsa ke dalam bilik tidur sebelum menampar muka wanita itu hingga menyebabkan kecederaan dan lebam.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Asraf Abd Aziz manakala tertuduh diwakili peguam Normahaani Rais daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa atau saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Mahkamah kemudian menetapkan 30 Jun ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img