89 kompaun, 46 kenderaan disita dalam Op motosikal di Kajang

SEBANYAK 46 kenderaan disita manakala 89 kompaun dikeluarkan dalam Op Pematuhan Motosikal dan Pencegahan Aktiviti Lumba Haram yang dijalankan di Persiaran Suarasa 3, Bandar Tun Hussein Onn, Kajang, semalam.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dalam satu kenyataan di Facebook berkata, operasi itu dijalankan susulan aduan orang awam berhubung kegiatan lumba haram dan ketidakpatuhan peraturan jalan raya di kawasan berkenaan.

Menurut kenyataan itu, sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 84 motosikal dan enam kereta diperiksa.

“Hasil pemeriksaan, 45 motosikal dan sebuah kereta disita manakala sebanyak 89 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

“Dalam operasi sama, tujuh penunggang motosikal turut ditahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan berbahaya,” menurut kenyataan itu.

Polis memaklumkan, seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000 serta hilang kelayakan lesen memandu selama lima tahun jika disabitkan kesalahan.

Katanya, tiada kompromi akan diberikan terhadap mana-mana individu yang terbabit dalam aktiviti lumba haram atau menunggang secara melulu sehingga membahayakan nyawa sendiri serta pengguna jalan raya lain.

“Operasi dan tindakan penguatkuasaan akan terus dipergiat dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img