Pemandu gopoh serah diri kepada polis susulan video tular

POLIS mengesahkan seorang pemandu lelaki telah hadir memberi keterangan berikutan rakaman video tularnya terlibat dalam perselisihan faham dengan seorang pemandu lain di sekitar Subang Jaya, pada 27 Disember lalu.

Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kelmarin daripada pengadu berdasarkan rakaman kamera papan pemuka dashcam keretanya.

“Hasil siasatan awal mendapati seorang lelaki memandu secara gopoh dengan mengekori kenderaan pengadu, memberhentikan kenderaan secara mengejut serta menghalang laluan yang berpotensi membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada salah faham semasa memandu.

Katanya, lelaki tempatan berusia 33 tahun yang tular itu akhirnya menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya bagi membantu siasatan bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara gopoh dan Seksyen 341 Kanun Keseksaan berkaitan halangan salah.

“Rakaman percakapan suspek telah diambil dan beliau kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan diteruskan. Suspek juga telah membuat permohonan maaf secara terbuka melalui media sosial.”

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Subang Jaya turut membuka kertas siasatan berhubung kesalahan menghalang lalu lintas.

Sehubungan itu, Wan Azlan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya menghubungi IPD Subang Jaya di talian 03-7862 7100 atau pegawai penyiasat, Inspektor Rozaimi Ramli di talian 012-394 5718.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img