DBKL terima pensijilan Pengurusan Kewangan Patuh Syariah

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencatatkan satu pencapaian penting apabila menerima Sijil Pengesahan Pelaksanaan Pengurusan Kewangan Patuh Syariah daripada Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM), semalam.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, penganugerahan sijil berkenaan adalah hasil penilaian komprehensif yang dilaksanakan oleh IBFIM, sebuah firma penasihat Syariah yang berkelayakan dan berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

“Pensijilan ini mengesahkan bahawa DBKL telah melaksanakan pengurusan kewangan patuh Syariah secara menyeluruh selaras dengan prinsip-prinsip Syariah serta amalan tadbir urus terbaik dalam sektor awam,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Menurut DBKL, penilaian tersebut merangkumi pembangunan dan semakan dasar serta rangka kerja pengurusan kewangan melibatkan tujuh komponen utama, iaitu hasil dan pendapatan, simpanan dan pelaburan, perlindungan risiko (takaful), liabiliti dan perbelanjaan, pelaporan kewangan, sistem teknologi maklumat serta latihan kewangan Islam.

Tambah kenyataan itu lagi, pencapaian itu mencerminkan komitmen berterusan DBKL dalam memperkukuh tadbir urus kewangan awam yang berteraskan integriti, ketelusan dan akauntabiliti.

DBKL turut memaklumkan pensijilan berkenaan berperanan sebagai pemangkin kepada pengukuhan profesionalisme serta rujukan strategik bagi memastikan pematuhan Syariah diterapkan secara konsisten dan berkesan dalam keseluruhan operasi harian pihaknya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img