Tujuh anggota dan pegawai polis terlibat penyalahgunaan dadah akan digantung kerja

DUA pegawai dan lima anggota polis yang ditahan kerana disyaki terlibat penyalahgunaan dadah di Mentakab, Temerloh awal bulan ini akan dikenakan tindakan gantung kerja sementara menunggu keputusan perundangan terhadap mereka.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kesemua anggota dan pegawai lelaki berusia lingkungan 20 hingga 40-an itu telah didakwa di mahkamah minggu lalu.

“Kesemua mereka yang terlibat kini dalam proses dikenakan tindakan gantung kerja sementara kes mahkamah terhadap semua mereka selesai,” katanya ketika dihubungi, lapor Bernama. 

Media sebelum ini melaporkan, dua polis berpangkat inspektor dan lima anggota berpangkat koperal serta lans koperal ditahan dalam satu serbuan pada jam 2.15 pagi, 3 Januari lepas.

Hasil saringan awal air kencing turut mendapati seorang pegawai dan lima anggota terbabit positif dadah.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) akta sama.

Yahaya dalam pada itu meminta semua pihak menghentikan spekulasi mengenai kes berkenaan dan memaklumkan tindakan sewajarnya telah diambil kepada mereka yang dipercayai terlibat.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img