Polis kesan lelaki pukul pemandu kereta warga Singapura dengan kayu

POLIS sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes memukul seorang pemandu kereta menggunakan kayu sehingga cedera di Jalan Utama Lingkaran Dalam, di Johor Bahru kelmarin lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang bekerja sebagai penjaga stor berusia 53 tahun dari Singapura, pada jam 12.24 tengah hari semalam.

Menurut beliau, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.15 malam apabila suspek berang kerana mangsa memandu hampir melanggar motosikalnya ketika keluar dari sebuah stesen minyak.

“Suspek kemudian turun daripada motosikal dan memukul tangan mangsa menggunakan sebatang kayu. Mangsa mengalami luka dan bengkak di tangan kanannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Raub, polis kini giat mengesan suspek dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Beliau turut memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk hadir ke balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.

Terdahulu, satu video berdurasi 1 minit 14 saat tular memaparkan seorang lelaki memukul pemandu kereta dengan kayu dalam keadaan marah.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img