Lelaki dikhuatiri lemas, memancing di Sungai Chaning

SEORANG lelaki berusia 23 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Chaning ketika sedang memancing di jambatan Chaning, Pahi, Kuala Krai malam tadi.

Difahamkan sebelum kejadian, mangsa bersama rakan-rakannya sedang memancing di jambatan berkenaan dan kehilangannya disedari oleh salah seorang rakan, lapor Berita Harian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Penguasa Bomba Kanan Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.26 malam.

Katanya, seramai tujuh anggota dari BBP Kuala Krai dan pada masa sama turut dibantu oleh Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

“Operasi SAR pada hari ini memasuki hari kedua dan mangsa masih belum dijumpai,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img