Bot terbalik dipukul ombak, pasangan suami isteri ditemukan lemas

SEPASANG suami isteri ditemukan lemas selepas bot fiber dinaiki mereka terbalik dipercayai dipukul ombak besar dan angin kencang di perairan Kuala Merchang, Marang, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Marang, Superintendan Mohd Sofian Redzuan berkata, dalam kejadian 3.30 petang itu, bekas tentera Abdul Rahim Mustaffa, 47, dan Norhasriah Che Osman, 46, suri rumah dari Pulau Kerengga di sini, keluar menangkap ikan menggunakan bot bersaiz enam meter.

“Siasatan awal mendapati mangsa keluar ke laut pada 7.45 pagi. Mayat mereka ditemukan nelayan tempatan pada jarak antara tiga hingga empat kilometer dari Pantai Merchang.”Norhasriah ditemukan pada 4.30 petang manakala suaminya pada 4.45 petang,” katanya memetik laporan Bernama.

Mohd Sofian berkata, mayat pasangan itu dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Beliau menasihatkan supaya nelayan serta orang awam sentiasa merujuk ramalan cuaca sebelum ke laut bagi mengelakkan kejadian tidak diingini kerana cuaca di perairan Kuala Merchang sejak 28 Ogos tidak menentu dengan laut bergelora dan angin kencang.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img